Friday, July 9, 2010

LELAKI MANA YANG SETIA

dipetik dari http://nanirostam.blogspot.com/2008/12/lelaki-mana-yang-setia.html


Saya terbaca satu ‘statement’ yang mengatakan lelaki yang tidak mempunyai naluri berkahwin lebih daripada satu bukanlah lelaki sejati namanya.. Saya ada pendapat saya sendiri yang mengatakan bahawa ‘statement’ itu tidak tepat. Bagi saya tidak semua lelaki mempunyai naluri untuk berkahwin lebih daripada satu.


Namun ada satu ketika, kebanyakan lelaki ingin merasa kembali bercinta seperti mahu mengimbau zaman bercinta. Apa yang nyata, lelaki adalah lelaki, setua mana pun mereka, apabila di jamu di depan mata perempuan yang mempunyai raut tubuh yang segar dan mengiurkan pasti nafsu mereka terangsang dan iman mereka boleh cair.


Dengan erti kata sebenar, itulah pandangan saya, hampir setiap lelaki pasti ada keinginan untuk merasa muda kembali, merasa bercinta kembali, merasa mempunyai teman wanita yang muda kembali dan ingin merasa membuat hubungan dengan perempuan lain selain daripada yang ada.


Walaupun hampir semua lelaki menyimpan keinginan begitu, tetapi apa yang pasti keinginan-keinginan begitu tidak selalunya diiringi dengan keinginan untuk berkahwin lebih daripada satu.

Sebenarnya banyak juga lelaki yang tidak suka berkahwin lebih daripada satu tetapi mereka lebih suka mempunyai hubungan bebas tanpa perkahwinan. Banyak lelaki yang tidak mahu terikat dengan perkahwinan lain dan juga tidak mahu memenuhi satu lagi tanggungjawab menambah keluarga lebih daripada satu.

Pun begitu masih banyak lelaki di atas mukabumi ini yang dapat mengawal nafsu mereka, kerana mungkin mereka tidak mampu dari segi kewangan, tidak mampu untuk membahagi kasih sayang, tidak mampu untuk melukai hati teman yang sedia ada, tidak mampu untuk memporak perandakan kedamaian rumahtangga yang sedia ada dan juga tidak mampu untuk memeningkan kepala yang selama ini tenang.

Malah masih banyak juga lelaki yang begitu setia dan amat menghargai kebahagiaan hidup sebuah keluarga mereka selama ini. Menghargai cinta wanita yang dijambang untuk sekian waktu.


Sebenarnya lelaki sebeginilah lelaki yang matang, sentiasa berfikir panjang, bimbang tidak dapat berlaku adil, risau melukai hati isteri, takut tidak terdidik anak-anak. Bahkan mereka dapat mengawal nafsu dengan baik atau tidak ingin melayan perasaan untuk bercinta atau keinginan untuk berkahwin setelah melihat sendiri pengalaman teman-teman atau orang di sekeliling yang berkahwin atau bercinta lebih daripada satu dan kemudian bercerai berai. Isteri entah kemana, anak pergi merata.

Lelaki yang mempunyai kekuatan mental begini adalah lelaki yang lebih peka apabila melihat teman-teman sekeliling yang tidak pernah bahagia akibat berkahwin lebih daripada satu kerana tidak semua lelaki bertuah dapat memiliki kebahagiaan sebenar hidup berumahtangga apabila berkahwin lebih daripada satu. Malahan banyak yang lebih malang dari tuah.

Daripada pengamatan saya dan pemahaman saya tidak semua lelaki sejati mahu berkahwin lebih daripada satu dan tidak semua lelaki yang berkahwin lebih daripada satu itu adalah lelaki sejati. Itu hanya pendapat saya, apa pula pendapat sebenar daripada laki-laki di luar sana.

Wednesday, May 19, 2010

My Little Koyen~

Hari ni saya ada upload gambar2 kucing saya yang bernama Koyen, SI BUDAK NAKAL.
Dia nakal sebab gile sangat suke main, tapi xreti simpan kuku. So sape2 yang nak main dengan dia, jangan la mandai2 nak main perut dia..sebab dia ni PENGGELI YANG TERAMAT SANGAT. Nasib baik la kucing ni xleh ketawa ke, gelak ke. Kalau tidak, agaknye riuh rendah dah rumah tuh dengan suara dia..Tapi dia suke sangat2 kalau orang sapu2 kepala dia..Sampai pejam2 mata...So jom la tengok gambar2 Si Koyen ni...

P/s: Macam Puss In Boots dalam cite Shrek pon iyer jugak~














Friday, May 14, 2010

Cuti Cuti Malaysia!


Hai,
Baru2 ni kami berdua pegi Cameron Highland. Suasana yang sangat2 tenang dan damai...
Memang best sangat2 pegi sane, especially kalo dapat petik strawberi dan cicah dengan coklat cair..*nyum nyum*
Lepas tu makan jagung rebus yang gemok2 plak..perghhh...memang sedap...
sangka Cameron Highland ni best rupenye, maklumla..xpenah pegi la katekan...jakun sket..
So ni ade sebahagian gambar2 yang we all sempat amik sementara di sane..

P/s: Baby bump dah nampak...huhu~










Thursday, May 13, 2010

My New Hobby : Collecting and Decorating English Style!

Hai Semua!
Dah lame betul x isi blog ni dengan cerita2 yang menarik.. (poyo jek). So entry kali ni nak cite sket sebanyak pasal hobi baru saya, MENDECORATE RUMAH DENGAN BARANG2 EGLISH STYLE!

Sonok2...sonok abiskan duit suami la. hahaha. Tapi saya ada fikir nak jual juga barang2 yang saya ada ni, sebab nak berkongsi minat dengan blogger2 yang lain...mana la tau u olzz sume berminat dengan barang2 yang saya tunjukkan, saya boleh jual dengan harga yang berpatutan...ape2 pon, sape2 yang berminat atau nak tau dengan lebih lanjut mengenai barang tuh, jangan malu, jangan segan, InsyaAllah ANA BOLEH TOLON =)

Pic will be update soon....
Related Posts with Thumbnails